Monday, 28 March 2016

Thousands of Palestinian Children Injured in Conflict - Al Jazeera


Menurut AlJazeera 21 Mac 2016, sejak serangan semula bermula oktober lalu lebih 2, 100 kanak - kanak cedera.untuk bulan ini sahaja lebih 40 kanak - kanak mati ditembak dan pihak zionis terus menerus memberi alasan untuk menidakkan kesalahan mereka. Itu yang dicatit belum yang tidak dijumpai dan sebagainya.





Konflik yang berlaku di bumi Palestin sudah tidak asing lagi diperkatakan, namun peperangan demi peperangan, serangan demi serangan belum juga berhenti. Bunyi letupan dan das - das tembakan tak pernah lenyap dari pelbagai arah ...udara...darat...Yang lebih memeritkan lagi, anak - anak kecil yang tak berdosa dan tak bersalah yang menjadi mangsa. Bayangkan bagaimana anak - anak kecil ini menghadapi kesakitan, ketakutan, kelaparan dalam keadaan kebanyakkannya tanpa ibubapa. Bagaimana mereka meneruskan kehidupan mereka di masa hadapan??




Dimanakah hak anak - anak kecil ni?? supaya diberi pelindungan, kasih sayang, kebahagiaan dan pelajaran?? Kenapa terlalu kejam untuk menghukum mereka ini yang belum pon mengenal dunia. Adakah hak mereka untuk merasai erti kebahagiaan dan kegembiraan sudah lenyap...?

Sebenarnya banyak je lagi gambar yang menyayat hati..tapi saya yang tak sanggup nak tengok. Saya selalu terfikir apa yang kita mampu buat untuk mereka, saudara seislam kita ni....
nak berjuang sama? tak perlu...sebab tugas kita adalah untuk memperjuangkan agama kita di negara kita dahulu...dan kuatkan kesatuan kita sebagai umat islam serta tak lupe supaya terus menerus berikan tembakan doa buat mereka... Semoga Allah berikan kekuatan  dan ganjaran yang tertinggi kepada mereka.


No comments:

Post a Comment