Sunday, 20 March 2016

MANUSIA ADA HAK??





             Seperti mana yang diketahui oleh semua orang, setiap manusia mempunyai hak yang dikenali sebagai hak asasi manusia atau disebut sebagai HAM dan dalam Bahasa Inggerisnya disebut sebagai Human right. HAM didefinasikan sebagai hak yang ada pada setiap makhluk yang bergelar manusia dan berkekalan selagi mereka hidup serta tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa. HAM ini melingkupi kepada pelbagai aspek termasuklah pendidikan, pemikiran, pendapat, agama dan sebagainya.




Hak asasi manusia ini telah semakin diambil berat oleh masyarakat bukan sahaja di luar negara, malah di Malaysia sehingga tertubuhnya pelbagai agensi yang memperjuangkan hak asasi manusia ni..sebagai contoh, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Kalau nak tahu dari aspek apa yang mereka perjuangkan bole rujuk di laman web http://www.suhakam.org.my/ .

Pada zaman globalisasi ini, telah ramai yang menyedari tentang hak - hak mereka sebagai manusia dan masing - masing cuba melontarkan pendapat serta ingin menuntut hak mereka. Saya tidak mengatakan bahawa kesedaran tentang HAM ini buruk namun ia bergantung kepada isu dah keadaan itu sendiri.

Sampai disini je untuk hari ini dan insyaAllah akan ada kesinambungannya.Wasalam.


No comments:

Post a Comment